Assalamualaikum semua,disini saya ingin berkongsi dengan anda apakah yang dimaksudkan dengan masalah pendengaran.Tidak semua manusia mengetahui dunia kanak-kanak yang mengalami masalah ini.Oleh itu,tugas saya sebagai seorang bakal pendidik ingin berkongsi serba sedikit maklumat dalam bidang ini untuk menambah lagi pengetahuan kepada para pembaca.
Sebenarnya,semua manusia yang berada di atas muka bumi ini mengalami masalah pendengaran cuma yang membezakan kita dengan kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pendengaran ini adalah darjah kehilangan(desibel) pendengaran seseorang individu tersebut.Bersyukurlah kita kerana Allah s.w.t masih mengurniakan pancaindera kita dengan sempurna.
Pelajar Bermasalah Pendengaran di SMK Ismail Petra
Pernahkah anda membayangkan dunia ini sunyi sepi tanpa bunyi?Bagaimanakah anda hendak berkomunikasi dengan orang lain tanpa suara atau bunyi yang didengar?Adakah anda terfikir bagaimanakah kanak-kanak yang mengalami masalah ini membesar sepanjang hidupnya?Segala persoalan ini adalah amat penting untuk kita semua mencari jawapannya supaya kehidupan pelajar ini menjadi lebih bermakna.Sehubungan itu,saya akan berkongsi segala maklumat mengenai kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ini supaya kita semua akan lebih terdedah dengan ilmu pengetahuan tentang masyarakat sekeliling.