CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tugasan ABM 3D

MODEL 3D~ABM MAHIR SIFIR

OBJEKTIF

  • Untuk memudahkan pelajar belajar sifir dengan cepat.
  • Menarik minat pelajar untuk mengenali sifir dengan lebih mendalami
  • Menjimatkan masa pelajar untuk membuat latihan yang berkaitan dengan pendaraban nombor
  • Guru boleh menguji sejauh mana pengetahuan pelajar mengenai sifir.


Inilah hasil abm saya..Jom kita belajar sifir bersama cikgu yaya... :)



Cara Menggunakan Mahir Sifir
  • cuma pusingkan sahaja sifir berapa yang pelajar hendak tahu contohnya 8x4=32 dan jawapannya akan tertera di bawah sifir tersebut.









  
























Cara-Cara Membuat ABM Mahir Sifir

Peralatan dan Bahan Yang digunakan..

  • Papan Kabus
  • kadbod
  • gunting/pisau
  • hot glue gam/gam biasa
  • stiker
  • Kertas warna




Langkah 1

*Potong kadbod kepada bentuk bulat mengikut saiz yang dikehendaki



*Potong  sebanyak 2


*dan potong kabus dalam bentuk bulat juga sebanyak 2 mengikut saiz yang sama


*kesemuanya ada 4 bentuk bulat yang sama saiznya





Langkah 2


*Taipkan sifir 2 hingga 9 dalam microsoft word
                                               *print out nombor tersebut 
*gunting kesemua mengikut sifir 2-9 dan pastikan kesemua mengikut saiz yang sama.



Langkah 3

*buat garisan di belakang kadbod yang berwarna itu,bertujuan susunan sifir mengikut urutan dan memudahkan untuk menebuk lubang pada kadbod yang kedua.
*buat garisan di bahagian belakang adalh untuk mengelak permukaan hadapan yang berwarna pink tu rosak.



Langkah 4

*lekatkan doble tape pada nombor tersebut





*dan tampal nombor tersebut di bahagian hadapan mengikut garisan yang dibuat
*Tampal kesemua sifir dari sifir 2 hingga 9
*lekatkan kabus yang dibelakang nombor ini supaya nampak lebih tebal








Langkah 5

*seterusnya buat garisan yang sama seperti kadbod yang nombor 1 tadi.
*bertujuan untuk proses menebuk lubang nanti akan menjadi tepat pada jawapan sifir


*proses menebuk lubang dengan menggunakan pisau kerana hasilnya lebih baik berbanding menggunakan gunting


*teruskan proses menebuk lubang sehingga selesai



*dan inilah hasilnya dari proses menebuk lubang tadi..
ia nampak simple je kn tapi memerlukan kreativiti untuk menebuk lubang ini supaya tidak merosakkan permukaan yang lain.


*Apabila siap kita gabungkan dengan kadbod yang pertama tadi yang mengandungi sifir 2 hingga 9
*dan ini hasil gabungan kedua kadbod ini.





Langkah 6

*proses untuk menghasilkan kaki sifir ni supaya ia boleh diletakkan dan tidak perlu kita pegang
*senang je,cuma ambil kadbod berlebihan yang berwarna pink,bentukkan ia menjadi segitiga sama saiz dan lekatkan di bahagian belakang mahir sifir.





*Seterusnya,kabus yang lagi satu,kita jadikan ia sebagai pelapik bawah supaya abm ini menjadi lebih stabil..
*untuk lagi cantikkan balut kabus nie dengan kertas berwarna.





*lekatkan dengan salotep warna hitan supaya ia nampak lebih kemas




Selesai sudah abm Mahir Sifir saya..Inilah hasilnya apabila saya menghias dengan stiker-stiker angry bird yang comel nie..



**harap ia berguna untuk anda semua**






























3 comments: