CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 21, 2012

DEFINISI MASALAH PENDENGARAN



Definisi(aspek fisiologi)


  • Seorang yang pekak mengalami kehilangan pendengaran 90dB atau lebih
  • Seorang yang separa pekak mengalami kehilangan pendengaran yang kurang dari 90dB
Definisi(aspek pendidikan)
  • Seorang yang pekak tidak berupaya memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa alat bantuan pendengaran
  • Seorang yang separa pekak mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa alat bantuan pendengaran

ANATOMI TELINGA


Telingan Luar

1.Pina /auricle (cuping telinga)


  •  seperti kipas & tidak rata
  •  rawan dan di selaputi kulit
  •  juga dimiliki kbnyakkan haiwan darat mamlia tetapi berbeza bentuknya (berbeza antara manusia seperti finger print)
  •  menyumbang peranan penting  kepada fungsi pendengaran
  • Concha (bowl) merupakan lekuk yg paling dalam terletak dibahagian tengah terdiri dari Cymba dan Cavum) ruang ke salur luar telinga.
  •  Helix mengelilingi bhgian luar pina, berlipat sedikit bertindak sebagai pelapik kepada sisi kepala. Bahagian dalam Helix menghubung ke Concha dan membahagi kpd dua bahagian iaitu Cymba dan Cavum.
  •  Antihelix terletak diantara Concha dan helix.
  • Tragus menonjol di permukaan salur luar telinga
  • Kawasan terluang  bahagian bawah Concha ialah Antitragus dan mempunyai saiz yg berbeza antara individu
  • Darwin's tubercle ialah kawasan kecil yg rata pada bahagian luar Helix.
  • Lobule atau earflap (kepak telinga) gumpalan daging di bawah bahagian telinga.
  • Pina atau auricle membantu mengesan arah bunyi dgn lebih tepat
2.Salur luar telinga

  • ukuran purata salur luar telinga l/k 2.5 cm dan lebar 0.7cm
  • salur luar berbentuk S menghubung ke gegendang
  • salur berbentuk S utk melindungi gegendang dari kotoran udara dan serangga halus.
  • Salur luar ditumbuhi rerambut halus sebagai penapis (filter) dari kotoran dan benda halus yg lain.
  • Salur luar telinga juga hasilkan serumin ras pahit , berwarna coklat (brown) cecair lilin yang dinamakan tahi telinga (earwax




Fungsi

  1. Gelombang bunyi masuk melalui salur dan akan sebabkan gegendang bergetar                  
  2.  Salur telinga sebagai pemantul dan penguat gelombang bunyi (amplified sound waves/ acoustic  resonator).
  3.  Tekanan / pressure 2-4 kali lebih besar pada gegendang didalam telinga dari di luar
  4.  Membolehkan kita mengesan bunyi yang tidak dapat dikesan sekiranya gegendang terletak di luar telinga.
  5.  Lokasi gegendang didalam salur juga untuk melindungi dari kerosakan fizikal, dari terdedah kepada cuaca panas & kelembapan udara




3. Gegendang

  • pemisah telinga luar dan telinga tengah
  • anjal, halus, lembut
  • terlalu / sangat sensitif terhadap sebarang getaran dan perubahan tekanan (pressure) yng halus boleh memberi tindakan balas kepada sistem pendengaran.
  • Nipis 0.07 mm dan berbentu kon.
  • Keluasan purata gegendang manusia ialah 63mm persegi.boleh mengesan tekanan bunyi kurang dari 0.0002 millionths purata ukuran tekanan barometer.
  • Tukul /malleus terlekat di bahagian pivot / atas permukaan gegendang.

No comments:

Post a Comment